Isnin, 28 November 2016

Pengalaman sekolah agama darjah khas

assalamualaikum semua

hari nie aku nak cerita pengalaman aku sekolah darjah khas pulak, yang aku tahu darjah khas ni hanya di johor tapi tak tahu negeri lain ada or tak

apa itu darjah khas?

Darjah Khas Agama Johor adalah lanjutan program pembelajaran di Sekolah Agama Kerajaan Johor. Darjah Khas Agama Negeri Johor adalah Institusi Pendidikan Agama Johor yang telah berjalan secara formal sejak tahun 1923. Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Agama Johor ia diwujudkan untuk memberi pengetahuan Agama Islam kepada pelajar-pelajar serta kerjaya yang setaraf dengannya, disamping berperanan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang kuat imannya, kuat ibadatnya, kuat berpegang kepada cara hidup Islam dan kuat ketakwaannya ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
Pengajian peringkat Darjah Khas Agama di Johor disediakan kepada lulusan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA). Ia adalah saluran untuk memberikan pendidikan agama lanjutan yang secukupnya kepada golongan remaja Islam menjelang pencapaian usia baligh. Bahasa pengantar yang diguankan ialah Bahasa Melayu agar mudah difahami. Pengajian Darjah Khas ini disediakan kepada murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan yang memilih untuk meneruskan pembelajarannya ke tingkatan satu di sekolah-sekolah menengah harian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia adalah pelengkap kepada program pendidikan agama di peringkat menengah yang disediakan oleh kerajaan negeri Johor.


haa faham? nak lulus sijil  darjah enam agama (SDEA) bukan senang tau.. aku dulu pun nyaris2 je tak lepas tapi alhamdulilah lepas jugak masuk darjah khas.. kau ingat nak sampai darjah khas nie senang macam sekolah kebangsaan? lulus or tak lulus tetap naik darjah seterusnya.. tapi sekolah agama kau gagal darjah 1 tahun nie, tahun depan kau ulang darjah satu dengan adik2 kau.. smpai kau lulus baru naik darjah 2.. selagi tak lulus kau stay lah kat situ.. yang wajib lulus sirah, ibadat, alquran dengan tauhid.. sebenarnya nak lulus tak susah pun.. sirah tu kau baca lah cerita2 nabi tu haa ingat tarikh , tempah, siapa , nama sebenar, nama panggilan, haa banyak tapi kalau kau baca hari2 kau boleh ingat, kalau ibadat pulak kau hafal laa pasal solat, hukum wajib , hukum sunat, puasa, tayamum,  macam2 lahh nie yang basic jee kalau yang puasa tu mesti kau tahu, takkan kau tak puasa kn? , alquran pulak dia test kau punnya daya ingatan, setiap tahun surah yang kau dapat lain2, jadi kau kene betul2 hafal! hafal sampai habis.. alquran kau kene fokus betul2, tauhid tu pun kau kene banyak baca and hafal, tauhid nie aku tak ingat tajuk dia da lama kod tinggalkan zaman sekolah agama nie hehehe sorry naaa..

sebenarnya aku ada gagal setahun nie.. so aku kene repeat balik.. tak silap aku masa darjah 4, aku banyak main2 hehehe.. iye arr ada membe sekepala mmg main2 arrr, aku repeat , membe aku pun repeat hahaha.. ohh yaa kalau kat sekolah agama nie dorang tak akan kesah if ada dalam 1 kelas tu ada yang dah sekolah menengah, mybe dia banyak kali gagal.. who know right? mybe ada problem kaa.. kelas aku dulu tu masa aku repeat ada 3 orang yang frm5.. FORM 5  BUT SEKOLAH AGAMA STILL DARJAH 4? tak heran langsung bagi kteowg , mybe yng tak sekolah agama mmg dorang pelik.. hehehehe lepastu yng frm5 tu next years da xde kt sklh agama daa.. why? DAH BERHENTI ..tapi tu lah mujur aku repeat setahun jee.. masa aku darjah 5 sekolah kebangsaan, sekolah agama aku darjah 4.. huhuhu jangan ketawa kay, nie kesalahan yang tak disengajakan.. tapi tulah alhamdulillah tahun aq repeat tu aku lulus.. study btol2 beb.. lepastu tahun seterusnye aku berpisah dgn membe aku huhuhu.. dia belah petang, aku belah pagi.. masa xde membe nie lah aku study btol2,, ayat hafazan aku orang first yang hafal smpai habis,, exam je selalu lulus dpt no 1 jee , masa ni mmg study giler2 arrr, mark setiap paper smua atas 80.. dengan result aku mcm tu aku dpt msuk darjah khas, masa nie aku happy giler cbb jumpa membe sekepala aku balik huhuhu.. mse darjah 6 skolh agama nie aku main2 lagi hehehe da membe ad, tapi tu laah even main2 pun still bljr jgk.. masa ni aku dapat anugerah pelajar cemerlang darjah 5..alhamdulillah.. berkat aku berpisah dgn membe aku khehehehe.. kalau tak main jeee kerja..



nama tu sila abaikan,, selalu gak berperang dgn cikgu pasal nama aku.. nama aku sebenar SITI NURUL SOLEHAH BINTI MUHAMMAD tapi dapat ke cikgu aku SITI SOLEHAH.. wait!! who it is?? grrr hahaha.. tapi nasib baik dalam sijil betul .. fuhhh nama aku siap ada kat CARTA PELAJAR CEMERLANG SABT 2012.. mmg tak percaya  tapi mmg kenyataan.. bukan senang nx msuk dlm carta tu.. sebelom tinggalkan sekolah tu ada jugak jasa aku kt situ.. carta tu still ada sampai sekarang, kalau pergi sekolah tu balik mesti aku g tngok nme sendiri kt carta tu khehehehe.. 

okay balik cerita darjah 6.. membe aku ada so mmg aku main2 jujur aku ckp.. exam awal tahun aku gagal.. next exam lulus, lpstu gagal then final exam lulus tu pn lagi sikit je nak gagal.. tapi mujurlah lepas masuk darjah khas..darjah 6 ni mmg best sebab kau datang sekolah sebulan 4 kali jee.. hari sabtu.. nampak tak apa yng best ?? hehehe start kelas pun pukul 8 pgi smpai 1 tgh hari.. mmg best.. tak terikat dengan peraturan sgt.. walaupun best tp exam dia agak susah.. serius aku ckp.. mmg susah.. time aku exam tu smpai ada yg kene histeria.. mybe cbb bdk tu tertekan kodd.. tapi alhamdulillah lulus jagk darjah khas wlaupun bnyk main2 hehehe..

buat bakal junior yang sekolah agama tu akak nak pesan mehh.. kalau sekolah agama nie kau kene pandai baca jawi.. nie penting beb.. kalau tak pandai baca jawi tak apa slow2.. banyakkan baca bacaan yang tulisan jawi sebab nie boleh bantu kau.. kalau kau xtahu satu perkataan tu cuba baca slow2 , tak pun tanya yang pandai then tulis dalam rumi maksud dia apa.. jangan cepat putus asa if kene repeat balik tahun depan.. and make sure jgn kene repeat balik yee.. okay lah semoga berjaya bakal adik2 yang sedang ambik exam darjah khas tu.. good luck!!

3 ulasan: