Jumaat, 25 November 2016

Pengalaman sekolah cina | Sekolah melayu vs sekolah cina

assalamualaikum semua

harini terasa nak up entry tapi tak tahu nak buat entry apa,  sambil2 tengok cite "the incredibles"  nie sambil tu fikir nak buat entry apa hehehe.. okay aku dapat ideal.. aku nak cite pengalaman aku sekolah di sekolah jenis kebangsaan.. sekolah jenis cina.. nama sklh aku SMK PAI CHEE , aku sekolah kat sini hanya 2 tahun jee daripada frm4 sampai frm5..

bagi aku siapa yang sekolah cina daripada darjah 1 memang bagus.. kalau aku ada anak nanti pun aku nak dia sekolah cina hehehe.. insyaallah, tak salah berangan awal en en en khehehe.. suami bagi or tak belakang cite hahaha.. 

ok, menurut pengalaman aku selama 2 tahun nie yang kurang fasih bahasa cina ni mmg agak sukar... sebab kalau ada apa2 information semua dalam bahasa cina., kalau yang tak pandai bahasa mandrin nie ofc lah dorang tanya yang pandai.. tak selalu yee cakap dalam bahasa melayu.. kecuali dalam subjek bahasa melayu. jadi tu agak sukar sebab tak semua guru cina pandai cakap melayu, kalau dorang cakap pun ada perkataan yang kita tak faham, jadi aku nak tegaskan kat sini selain bahasa melayu dan bahasa ingglish, bahasa mandrin pun penting juga sebab memudahkan korang untuk dapat kerja.. banyak syarikat2 besar sekarang ni cina punnya jadi kalau mohon kerja di syarikat dorang mudah je korang dapat berbanding yang tidak fasih bahasa mandrin..

selain tu korang akan berasa sedikit tertekan dalam class sebab dorang cakap bahasa cina, hanya permulaan jee,, masa aku masuk class dulu tu pun mmg sakit2 kepala.. dorang cakap kuat2.. bahasa dorang, tapi lama kelamaan korang akan biasa.. cuma korang kene sabar tu penting! 

korang juga kena belajar bahasa kasar dorang contoh "sohai" , tu bahasa paling fames arr.. banyak lagi sebenarnya.. why aku suruh korang belajar bhasa kasar dorang? haa kalau korang  nak kene kutuk dalam diam korang tak payah belajar.. kalau xrela kene kutuk kene jugak belajar.. 

kalau sekolah cina nie banyak jugak keseronokan.. paling seronok malam kebudayaan setiap tahun ada malam kebudayaan semperna tahun baru cina mmg best, ada cabutan bertuah mcm2 boleh dpt mse aku frm4 cabutan bertuah dia laptop, powerbank, ampau, hampe, banyak lagi laaa.. thun nie dpt basikal, printer, lpstu bnyk arrr.. mmg best.. lepastu sekolah aku ada buat sekolah penyayang. maksudnya pihak sekolah sambut befday kita.. so semua pelajarlah dapat hadiah semperna befday masing2..  lagi satu sekolah cina nie kemudahan dia lagi bagus daripada sekolah yang lain.. aku bukan nak kondem sekolah melayu yang lain tapi aku ada hak nak bersuara.. berdasarkan apa yang aku dapat sepanjang 9tahun aku sekolah kt sklh melayu , banyak kekurangannye contoh kegunaan di bilik ICT.. why? ok macam nie dalam bilik ICT tu banyak giler komputer tapi yang boleh guna 2 or 3 jee sedangkan murid dalam satu kelas tu 30 lebih orang.. so korang boleh bayangkan macam mana murid 30orang lebih tapi komputer hanya 2buah komputer or 3buah komputer  je boleh guna.. mmg akan ada yang tak dapat guna nie sebabnya banyak murid buta IT.. belum tentu lagi kat rumah dorang ada komputer sebuah.. kalau di sekolah cina setiap sorang akan dapat guna komputer.. siap ada pakej internet lagi.. wifi mmg laju tapi hanya boleh bukak youtube jee.. tapi tu dikira bagus sebab banyak boleh belajar dalam youtube contoh experiment2 dalam sains.. jadi aku haraplah lepasni sekolah melayu di majukan lagi..jujur aku cakap sekolah jenis cina nie kurang diberi peluang untuk ke hadapan dari segi pembelajaran.. contoh kalau ada perkhemahan atau apa2 yang melibatkan pembelajaran sukar untuk diperolehi.. jadi aku pun berharap lepas nie kerajaan bagilah sama adil , sma rata.. jadi bagi aku setiap sekolah ada kelebihan dan kekurangan

jangan kecam aku, aku ada hak nak bersuara ok

okay kalau sekolah cina nie ramai rasau pasal pembelajaran agama, jangan risau sebab kat sekolah cina pun ada tempat belajar agama.. bagi pelajar islam akan belajar agama di bilik agama (tergantung kpd sekolah) dan pelajar bukan islam akan belajar moral di kelas.. jadi jangan kau nak cakap sekolah cina tak belajar agama.. aku tumbuk gak nanti hehehe.. walaupun sekolah cina tapi dorang masing menghormati agama masing2.. 

haaa last sekali, sekolah aku ada pasukan gendang tersendiri.. nama dia GENDANG 24 MUSIM.. sebenarnya sekolah cina nie banyak yang berbakat.. kalau mcm sekolah aku nie ramai yang berbakat dalam nyayian, dance kpop, dance kebudayaan, bermain piano, bnyk lagi lah mmg sekolah aku nie sekolah yang berbakat , tu je aku nak cakap.. aku mmg tabik sekolah aku nie..

jadi banyak juga pengalaman aku kat sekolah SMK PAI CHEE ni tapi cukuplah nie je kalau nak cerita semuanya esok pun belum tentu habis hehehe.. biarlah memory aku kat sekolah ni jadi kenangan dalam diri.. 

~SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PAI CHEE DALAM KENANGAN~

2016 - 2017

thanks bye

Tiada ulasan:

Catat Ulasan